Ekonomi

Rakyat Malaysia Berbelanja Lebih Bijak untuk Raya 2025, Utamakan Bajet & Kepercayaan Pembelian

98 peratus beli awal untuk penjimatan maksimum, majoriti kekal berbelanja di bawah RM500

KUALA LUMPUR 27 Mac — Kajian Trend Pembeli Raya 2025 Shopee Malaysia¹ mendedahkan bahawa pengguna Malaysia kini berbelanja lebih awal berbanding sebelumnya, dengan 98% pembeli mula membeli keperluan Raya seawal Suku Keempat 2024. Trend ini mencerminkan kecenderungan semakin ramai pengguna untuk merancang lebih awal bagi memanfaatkan jualan dan promosi hujung tahun bagi memaksimumkan penjimatan. Sementara, lagi 2% pembeli membuat pembelian saat akhir, terutamanya untuk hadiah, barangan keperluan Raya, atau keperluan tidak dijangka menjelang perayaan.

Kajian yang melibatkan 1,500 pengguna Shopee ini turut menunjukkan kesedaran tinggi terhadap bajet, dengan tujuh dalam sepuluh (70%) pembeli mengekalkan perbelanjaan Raya mereka di bawah RM500. Separuh daripada kumpulan ini memperuntukkan antara RM300 hingga RM500, dengan perbelanjaan lebih tinggi tertumpu kepada pembelian secara pukal untuk perjumpaan keluarga, pemberian hadiah, dan naik taraf rumah. Ini mencerminkan bagaimana saiz keluarga, tanggungjawab sebagai tuan rumah, dan tradisi budaya mempengaruhi tabiat perbelanjaan.

Apabila ditanya, ‘Apakah ciri Shopee yang membawa keyakinan terbaik kepada anda semasa membeli-belah untuk musim Raya?’, 75% responden memilih ekosistem beli-belah selamat Shopee, termasuk pilihan pembayaran fleksibel, Jaminan Shopee, dan Shopee Mall sebagai faktor utama kepercayaan mereka. Ini menunjukkan bahawa pengguna semakin mengutamakan transaksi yang bebas risiko serta platform yang boleh dipercayai. Sementara itu, 25% selebihnya menekankan kepelbagaian produk, kemudahan membeli-belah, dan pandangan komuniti, dengan ramai bergantung kepada penilaian penjual, cadangan rakan pembeli, dan program pemasaran afiliasi Shopee dalam membuat keputusan pembelian.

“Rakyat Malaysia kini membeli-belah dengan lebih bijak untuk Raya, merancang lebih awal dan memaksimumkan nilai menerusi promosi, pulangan tunai, serta pilihan pembayaran fleksibel. Perubahan ini menandakan peningkatan kepercayaan terhadap pengalaman membeli-belah yang selamat dan berbaloi di Shopee, di mana pengguna bukan sahaja mengutamakan kemampuan, tetapi juga kemudahan, perlindungan pembeli, serta ketulenan produk. Menjelang Raya 2025, kami terus komited untuk membantu pembeli berjimat lebih banyak, berbelanja dengan yakin, dan menikmati pengalaman membeli-belah perayaan yang lancar,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia.

Kajian ini turut menunjukkan bahawa pengguna lebih cenderung kepada kandungan interaktif dan secara langsung ketika meneroka tawaran Raya Shopee, dengan kebanyakan mereka bergantung pada cadangan ahli affiliate. Menariknya, empat dalam lima rakyat Malaysia memilih untuk menonton Shopee Live dan Shopee Video, kerana mereka dapat melihat produk secara langsung, mendapatkan tawaran eksklusif, serta menerima jawapan segera terhadap pertanyaan mereka. Trend ini menekankan bagaimana pengguna lebih menghargai keaslian, bukti sosial, dan interaksi langsung berbanding siaran statik, menjadikan perdagangan secara langsung pilihan utama untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa musim perayaan seperti Raya.

Dapatan kajian juga mendedahkan bahawa 70% pembeli memilih produk fesyen dan kecantikan, memperkukuhkan kepentingan budaya berpakaian dan penjagaan diri semasa perayaan. Kategori ini merangkumi pakaian tradisional, pakaian Muslimah, kasut, aksesori, alat solek, dan keperluan penjagaan kulit. Selain fesyen, 20% pembeli mengutamakan barangan rumah, makanan perayaan, dan hamper hadiah, mencerminkan persediaan untuk menerima tetamu serta amalan pemberian hadiah dalam budaya tempatan. Sementara itu, 10% selebihnya membeli keperluan perjalanan, gajet, dan produk automotif, menunjukkan sebahagian pembeli sedang bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung atau percutian keluarga.

Ketika rakyat Malaysia semakin mengamalkan tabiat membeli-belah barangan Raya secara lebih awal, strategik, dan berorientasikan nilai, pengalaman e-dagang yang selamat dan lancar menjadi semakin penting. Penjual yang dipercayai, pilihan pembayaran fleksibel, serta penjimatan menyeluruh di platform memainkan peranan utama dalam membantu pengguna membuat pembelian yang lebih bijak sambil memaksimumkan nilai. Seiring dengan perkembangan dunia digital, platform seperti Shopee terus membentuk persekitaran beli-belah yang lebih mudah dan dipercayai, memastikan rakyat Malaysia dapat membuat persiapan Raya 2025 dengan penuh keyakinan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button