Analisis

Rakyat hakim sebenar

1.  Saya amat bersetuju 100% peratus dengan argument’s yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan penahanan dan pertuduhan jenayah dibawah Akta Hasutan kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Sanusi Mohd. Nor.

Betul dan padat Naratif dan Argument’s (hujah) dari PM iaitu ;

LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH AHLI DEWAN DI RAJA NEGERI SELANGOR

Betul, laporan dibuat oleh seorang Ahli Dewan Di Raja Selangor berkaitan dengan tuduhan kononnya Sanusi menghina Sultan dan Menteri Besar Selangor.

*Tetapi,* Lim Guan Eng yang bercakap di Pulau Pinang berkaitan dengan tuduhan kononnya, sekiranya PAS menang di Penang dalam Pilihanraya Negeri ini, Kuil dan Tokong Cina akan dirobohkan, tidak pula ditahan dan dituduh dibawah Akta Hasutan ?

Lebih daripada 50 Laporan Polis telah dibuat oleh Rakyat berkenaan dengan Isu ini.

Agak menghairankan seolah-olah ada *Double Standard.*

MB SANUSI DITAHAN OLEH POLIS JAM 3 PAGI

Betul, dalam Kes seumpama ini, pihak Polis berhak untuk tahan MB Sanusi pada jam berapa pun. Malam boleh. Subuh boleh. Pagi pun boleh.

*Tetapi,* Sanusi itu Menteri Besar Kedah dan Sanusi pun sudah bersetuju untuk hadir di Mahkamah Selayang jam 9 pagi.

MB Sanusi bukannya penjenayah berat dan dia tidak berhasrat untuk melarikan diri.

Sepatutnya, pihak Polis boleh memberikan sedikit timbang-rasa dan tunggu Sanusi serah diri jam 9 pagi di Mahkamah Selayang.

Penahanan MB Kedah Sanusi pada waktu subuh jam 3 pagi seolah-olah mahu memberi tekanan kepada Sanusi yang berhadapan dengan 2 pertuduhan jenayah.

PEGUAM NEGARA YANG BERTINDAK MEMBUAT PERTUDUHAN DI MAHKAMAH BUKAN PM

Betul, pihak Peguam Negara (AG Chambers) yang mengambil keputusan untuk membuat 2 pertuduhan terhadap Sanusi bukannya Perdana Menteri yang suruh.

*Tetapi,* dalam masa 3 hari sahaja, siasatan selesai dan pertuduhan dibuat dengan begitu pantas seolah-olah ada tangan ghaib yang mengarahkan pihak polis dan AGC bertindak dengan begitu cekap dan segera.

Tambahan pula, Pilihanraya Umum 6 Negeri bakal berlangsung, seolah-olah ini mahu dijadikan *modal politik* oleh pihak tertentu.

2.  Walau bagaimanapun, Hakim yang sebenar dalam Kes ini adalah Rakyat.

Kita tunggu Hari Pengundian Pilihanraya 6 Negeri pada 12 Ogos 2023, Rakyat akan jadikan PRN ini sebagai *REFERENDUM POLITIK* terhadap Kerajaan Perpaduan berkaitan Isu Kes MB Sanusi serta berkaitan dengan *Performance Keseluruhan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri.*

KUASA DI TANGAN RAKYAT

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button