Jenayah

Rakan Nur Farah Kartini dedah mereka bukan kekasih, rupanya ada plot twist lain

SEJAK semalam kecoh berkenaan wanita, Nur Farah Kartini, 25, ditemukan terbunuh di kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa di Hulu Selangor.

Seperti yang diwarwarkan oleh media bahawa mereka merupakan pasangan kekasih namun rakan mangsa mendedahkan sesuatu yang mengejutkan orang ramai.

Menerusi satu tangkapan skrin layar yang tular, rakan Farah menafikan dan mendakwa bahawa lelaki berkenaan bukanlah kekasih Farah.

‘’Tolong jangan percaya headline kekasih Farah. Dia bukan kekasih Farah.

Sementara itu, menerusi satu lagi tangkapan skrin layar, individu sama mendakwa lelaki yang di reman itu ada menyimpan perasaan terhadap Farah.

‘’Dia bukan teman lelaki Farah. Dia nak Farah, tapi Farah tak nak dia.

Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.

 

10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

 

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

 

Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

 

Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kreadit:> Oh bulan

Artikle Berkaitan :>

Suspek kes bunuh yang juga kekasih Nur Farah Kartini anggota polis

Nur Farah Kartini hilang sejak Rabu ditemukan maut

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button