Acara

Raja Perlis berangkat iftar anjuran kerajaan negeri

KANGAR 21 Mac – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar anjuran Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Warisan Kangar pada malam semalam.

Turut berangkat sama adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri, Rus’sele Eizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail.

Majlis yang turut diserikan dengan solat maghrib, isyak dan taraweh secara berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Negeri, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini merupakan satu acara tahunan yang disertai oleh kepimpinan pentadbiran Kerajaan, ketua pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun, beserta pemimpin masyarakat negeri Perlis.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button