BeritaPendidikan

Raja Muda titah tekankan IMPAK

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memberikan penekanan kepada kepentingan “IMPAK” dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Tambah baginda, ‘Dalam bengkel ‘Perancangan Strategik UniMAP 2025’ yang lalu Naib Canselor universiti iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad telah menggariskan segala apa yang dimaksudkan dengan ‘IMPAK’ selain daripada maknanya itu sendiri yang sinonim dengan maksud “keberhasilan dan kesan”.

Justeru, terang Tuanku Raja Muda:-

I : merujuk kepada ‘INSAN’ dengan melahirkan insan baik dan berpengetahuan,

M : merujuk kepada ‘MURNI’ iaitu nilai-nilai murni, kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati,

P : merujuk kepada ‘Proses Pengurusan Yang Cekap melalui transformasi digital,

A : merujuk kepada ‘’Antarabangsa’ yakni pengiktirafan antarabangsa, dan

K : merujuk kepada ‘Komuniti’ dengan menyumbang kepada komuniti; masyarakat dan juga industri.

Demikian menurut siaran media UniMAP bersempena keberangkatan baginda selepas menerima sembah mengadap awal tahun oleh Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Kampus Pauh Putra sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negeri ini baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor juga berharap semoga segala tindak-tanduk warga UniMAP secara keseluruhannya akan sentiasa berlandaskan ‘IMPAK’ yang dititahkan.

‘Fokus kepada ‘IMPAK’ dan dengan izin Allah swt, akan membawa universiti ini kepada kecemerlangan demi kesejahteraan hidup masyarakat di sekeliling dan Malaysia amnya’ titah baginda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button