NasionalNegeri

Raja Muda sertai Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Sena, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN di UTC Sena, Kangar.

Baginda diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Kira-kira 100 orang menyertainya program ini termasuk Pengurusan PTPTN, Pengarah Pejabat dan agensi kerajaan dan swasta.

Norliza dalam siaran media berkata, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat ini dalam usaha membantu golongan memerlukan selain mempromosikan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024.

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan antaranya Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan 30 pelajar miskin tegar di IPT Perlis yang menerima wang tunai berjumlah RM500 dan peranti PTPTN setiap seorang sempena Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN di UTC, Sena, Kangar

“Turut terlibat Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Perlis Volunteer Action Community (PVAC) serta pelbagai pihak berkaitan,” katanya.

Katanya, sempena program berkenaan, Raja Muda berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 18 keluarga asnaf.

Katanya, PTPTN pula menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada 24 anak yatim dengan masing-masing menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Tambahnya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis.

Katanya, PTPTN juga menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra mengurniakan sumbangan kepada salah seorang asnaf sempena Program Kayuhan Sejuta PTPTN di UTC, Sena, Kangar.

“Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 turut diberikan pada program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu diberikan kepada 30 pelajar miskin tegar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan setiap pelajar itu menerima wang tunai berjumlah RM500 dan peranti PTPTN. – SM

BACA 5,148 asnaf disaring kesihatan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button