EkonomiNegeri

Raja Muda dirai Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce, Kunming

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diraikan dalam majlis santapan tengahari yang dihoskan oleh Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce di Kunming, China.

Tuanku Syed Faizuddin Putra meluangkan masa melawat Hospital LIH SkyCity Rehabilitation di Kunming, China.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengerusinya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yunnan SkyCity Property Group Company Limited, Yin Yuanjiang dan Naib Presidennya, Zhang Xiaoli.

Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce melalui ahli-ahlinya terlibat dalam pelbagai industri seperti teknologi maklumat, perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, pertanian, pelancongan dan kebudayaan, hotel, industri teh, kopi dan makanan, Internet, perubatan pemulihan, perdagangan antarabangsa, dan pembangunan hartanah, meliputi semua sektor ekonomi swasta.

Terdahulu Raja Muda berkenan melapangkan waktu melawat Hospital LIH SkyCity Rehabilitation yang beroperasi di bangunan yang sama.

Pengarah Urusan LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Dr Tian Shen dan Pakar Psikologi, Shum Pei San mempersembah maklum kepada Baginda dengan lebih lanjut mengenai urusan seharian hospital swasta berkenaan.

Hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi termasuklah dalam Pemulihan Neurologi, Pemulihan Ortopedik, Pemulihan Geriatrik, Pengurusan Kesakitan, Pemulihan Pediatrik dan Terapi Autisme.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembah maklum ketika melawat Hospital LIH SkyCity Rehabilitation di Kunming, China.

Tuanku Raja Muda tertarik dengan beberapa kemudahan yang disediakan untuk autisme dan berharap agar beberapa daripadanya dapat cuba diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart Perlis apabila ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kelak. – SM

BACA Fahami kehendak al-Quran supaya umat Islam bersepakat – Raja Muda Perlis

BACA Orang ramai perlu waspada sertai NGO – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button