Hiburan

Raisa bawa keajaiban Muzik ke Kuala Lumpur pada 3 November 2024

KHARISMA Music, syarikat penganjur konsert terkemuka, dengan bangganya mengumumkan konsert yang paling dinantikan, ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’, yang akan berlangsung pada 3 November 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula pada jam 8:00 malam.

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.

” Raisa turut menyatakan, “Ini adalah konsert yang benar-benar ‘teristimewa’ bagi saya dan anda semua. Semua persediaan dilakukan oleh saya sendiri bersama pasukan, dan ia pasti berbeza dari konsert-konsert sebelumnya di KL!”

Raisa, yang mencipta nama menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15. Dengan vokal yang memukau, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh Asia.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’, dan ‘Mantan Terindah’. Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan lebih dari 20 lagu serta kerjasama dengan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari dua jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik dan kesan audio visual yang ‘teristimewa’. Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.

“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan. Dapatkan tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” tambah En. Ahmad Jeffny.

Kharisma Music juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan Garuda Indonesia yang menaja penerbangan, serta rakan penaja lain seperti Alha Alfa, Intan Gelombang, dan Futurace, bersama rakan radio rasmi ERA dan rakan media rasmi Gempak.com.

Untuk makluman, tiket bagi konsert ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ telah mula dijual sejak 9 September 2024 di laman web ticket2u.com.my/raisa dan jumlahnya kini semakin terhad.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button