Raikan makan malam bersama Sindrom Down
Program “An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway”
Demi meraihkan dan keunikan dari golongan kanak-kanak Sindrom Down Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) dengan bangganya mengumumkan program “An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway” salah satu program di bawah projek “Extra Chromosome Extra Awesome Festival”.
Dengan Slogan Sindrom Down tahun ini, “With Us Not For Us” / “Bersama Kami Bukan Untuk Kami” akan diadakan pada 4 November Dewan Wawasan, Cheras North International Convention Centre (CNICC), Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur, pada pukul 8 malam.
Objektif mengadakan program ini meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap individu yang dilahirkan dengan Sindrom Down dan Membiayai aktiviti-aktiviti pendidikan dan latihan bagi anak-anak dengan Sindrom Down menerusi Program Intervensi Awal (EIP) iaitu Program Stimulasi Bayi (4 bulan – 2 ½ tahun ), Program Pembelajaran Kanak-Kanak (2 ½ tahun – 4 ½ tahun), Program Pra-Sekolah (4 ½ tahun – 6 ½ tahun), klinik-klinik pelbagai Terapi dan Pembelajaran (petang hari sahaja), penjagaan harian dan transit serta Program Latihan Vokasional.
Selain itu menambah pendapatan bagi menyokong kos belanjawan pengoperasian pertubuhan secara berterusan menerusi program yang dirancang secara berkala melalui kerjasama antara pertubuhan, agensi kerajaan, yayasan dan syarikat korporat agar dapat menambahbaik pembangunan pendidikan pelatih SD dengan penyediaan peralatan pengajaran dan pembelajaran elektronik seperti komputer, projektor dan lain-lain bersesuaian.
Menurut pengurus projek bagi bagi acara itu, akan diadakan 2 sesi, pada sesi pagi akan diadakan seminar ke ibu–bapaan dan pada malam kemuncak akan diadakan makan malam disertai persembahan Fesyen Show dari model yang turut di sertai oleh beberapa pereka fesyen dan persembahan dari golongan Sindrom Down.
‘‘Pada sesi pagi kami akan adakah sesi aktiviti untuk kanak-kanak dan pameran selain itu terdapat jualan barangan kering seterusnya program seminar akan berjalan dari pukul 2 sehingga 4 petang.
‘‘Majlis makan malam amal akan melibatkan 49 orang peserta dari Sindrom Down beserta 21 orang profesional model dan juga 7 orang pereka fesyen memperagakan koleksi-koleksi terkini dari Nana Bridal Kuala Lumpur, Collar KL, Adore Kids, Anak Jantan KL, Rahsia dan Khatam.‘‘ Katanya semasa ditemui.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa kekosongan bagi pembelian meja pada makan malam tersebut, bermula harga RM50.
‘‘Setakat ini kami baru menjual dalam 12 buah meja dari Yayasan Telekom Malaysia sebagai penyumbang terbesar, kami juga menyediakan makanan melayu tradisional, penonton yang hadir bukan melihat persembahan malah dapat menikmati makan malam dan cabutan bertuah.‘‘ Jelasnya.
Turut memeriahkan majlis makan malam amal ini adalah persembahan bertenaga dan eksklusif daripada artis jemputan yang popular; AYU DAMIT dan pengacara serta penyanyi versatile, ZAHID AF2. Juga penampilan khas JESSIE LOO, violin artis dan ALIF KADIM.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019 669 6494 atau eceafestival@gmail.com atau pdksindromdown@gmail.com atau Sekretariat ECEAF.
1. Cik Asma‘ (019-476 5109)
2. Cik ‘Aina (019-951 4004)
3. Cik Nadirah (012-732 1193)