Travel

Pulau Pangkor lokasi Pelan Pemulihan Pelancongan Fasa 2

SELEPAS Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dipilih sebagai lokasi Program COVID-19 Free Destination dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) Fasa 2.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri yang meninjau Pulau Pangkor hari berkata, TRP Fasa 1 dimulakan pada 17 Julai lalu di Pulau Langkawi.

“Fasa pertama TRP telah dimulakan pada 17 Julai lalu dengan menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis Program COVID-19 Free Destination dalam TRP.

“Bagi merealisasikan sasaran 80 peratus populasi penduduk pulau tersebut divaksinasikan sebelum diperluaskan ke destinasi-destinasi pelancongan lain seperti di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah secara berperingkat sebagai ‘green travel bubble’,” katanya.

Selain Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor turut disenaraikan Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

Elemen promosi menjadi fokus dalam menjayakan Program COVID-19 Free Destination di Pulau Pangkor dengan mempergiatkan Kempen Promosi Rindu Melancong dan Jom Vaksin Dulu.

“Turut diberi tumpuan dalam program ini ialah khidmat sukarelawan dan bantuan kemudahan fasiliti sedia ada di bawah seliaan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan.

“Sebagai usaha mempercepatkan proses pemberian vaksinasi yang dijalankan secara outreach kepada penduduk setempat di pulau berkenaan memandangkan sebahagian besar daripada mereka berada dalam sektor pelancongan,” katanya.

“Tugas kami ini adalah amanah yang perlu dilaksanakan demi membantu industri ini bernafas semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Insya Allah,” katanya.

Turut hadir Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button