Negeri

Udang galah “bonus” kepada lebih 50 nelayan Empangan Timah Tasoh

PELEPASAN 100,000 anak benih udang galah ke Empangan Timah Tasoh pada tahun 2016 oleh Jabatan Perikanan Perlis disifatkan sebagai “bonus” kepada lebih 50 nelayan darat di sini.

Sesuatu yang menakjubkan, dalam tempoh enam bulan, para nelayan sudah boleh menikmati “bonus” ini.

Timbalan Pengerusi My Komuniti Perikanan (MyKP) Timah Tasoh Perlis, Abd Azhar Abd Aziz berkata, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan nelayan darat yang sebelum ini bergantung kepada ikan air tawar telah menghasilkan kejayaan.

Beliau berkata, udang galah telah melalui pembesaran lebih pantas di Empangan Timah Tasoh berbanding di tempat lain biasanya lebih setahun.

Beliau berkata, atas kejayaan itu telah menyebabkan Jabatan Perikanan melepaskan sebanyak lima kali lagi anak benih udang galah dalam jumlah yang sama.

Beliau berkata, sekaligus ini membuktikan Empangan Timah Tasoh sesuai untuk penternakan udang galah kerana ia mampu membekalkan jumlah protein yang diperlukan untuk pemakanan udang galah.

Katanya, saiz udang di sini juga lebih besar kerana tiga atau empat ekor bagi setiap sekilogram.

“Jadi kalau nelayan dapat membawa balik dua ekorpun sudah cukup menyeronokkan kerana sudah ada “bonus” pada hari berkenaan,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka di Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis.

Azhar berkata, nelayan di sini juga tidak lagi membawa pulang ikan air tawar semata-mata seperti lampan, talapia, bongkok dan banyak lagi.

Beliau berkata, setakat ini saiz udang paling besar yang diperoleh nelayan adalah seberat 450 gram.

Azhar berkata, setiap hari purata nelayan menjual udang galah kepadanya selaku pemborong sebanyak 20 kilogram.

Azhar berkata, biasanya harga pasaran dibahagi dua kategori iaitu untuk udang hidup RM70!hingga RM85 sekilogram dan yang mati RM50 hingga RM60 sekilogram.

Beliau berkata, biasanya udang hidup memang sudah ada pelanggan tetap di mana akan dibeli oleh pemilik kolam memancing udang di sekitar Perlis.

Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kolam ini tidak boleh beroperasi katanya, dia terpaksa mencari cara lain untuk terus memasarkan udang galah hidup.

Sehingga kini katanya, pasaran udang galah memang tiada saingan kerana sumbernya hanya dari Empangan Timah Tasoh.

Bagi sesiapa yang berminat hendak membeli udang galah, ikan air tawar, ikan pekasam boleh menghubungi Azhar di talian 011 57600702. – SM

(Visited 904 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button