Public Bank tawar hadiah mewah edisi terhad “PB Golden Fortune Mengucapkan Selamat Tahun Baharu”
BERSEMPENA dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Public Bank dengan sukacitanya melancarkan “Kempen PB Golden Fortune” yang terbuka kepada pelanggan Public Bank baharu dan sedia ada yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Tempoh Kempen itu ialah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. Dua hadiah edisi terhad yang membawa tuah iaitu 24K Gold-Plated Twin Blessing of Health and Prosperity dan 24K Gold-Foiled Golden Charm of Abundances akan ditawarkan di bawah Kempen PB Golden Fortune 2022 ini.
Setiap hadiah merupakan hasil kemahiran tangan yang hebat melambangkan kemakmuran dan kejayaan dan hanya boleh didapati atas dasar siapa cepat, dia dapat, sementara stok masih ada.
Terdapat dua pelan, iaitu Pelan PB Golden dan Pelan PB Fortune untuk pilihan pelanggan.
Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam Kempen ini dengan pembelian Dana Unit Amanah (UA) atau produk insurans dan pada masa yang sama meletakkan deposit dalam Akaun Semasa / Simpanan bagi mendapatkan hadiah-hadiah eksklusif tersebut.
Pelan PB Golden menawarkan 24K Gold-Foiled Golden Charm of Abundances manakala Pelan PB Fortune Plan menawarkan 24K Gold-Plated Twin Blessing of Health and Prosperity.
Kempen PB Golden Fortune 2022 ini direka untuk pelanggan yang mahukan portfolio pelaburan yang pelbagai dalam persekitaran kadar faedah semasa yang rendah dalam usaha untuk memenuhi matlamat kewangan mereka.
Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai Unit Amanah yang memenuhi strategi pelaburan dan tahap toleransi risiko mengikut kesanggupan mereka untuk menanggung risiko dalam mencapai matlamat pelaburan masing-masing.
Pelanggan boleh melabur dalam Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan Premium Tunggal atau Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan Caruman Tunggal patuh Syariah yang menyediakan perlindungan insurans / perlindungan Takaful selepas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal selain pulangan pelaburan.
Pelanggan boleh memilih Pelan PB Golden atau Pelan PB Fortune untuk mendapat hadiah mewah edisi terhad itu atau mengumpul kedua-dua rekaan dengan mendaftar untuk beberapa pelan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Public Bank, pelanggan dijemput untuk mengunjungi cawangan PBB kami, layari laman web PBB melalui www.pbebank.com atau hubungi talian bebas tol kami 1-800-22-9999 semasa waktu bekerja biasa. Tertakluk pada terma dan syarat.