Nasional

PU Riz dilantik sebagai Duta Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian

PENDAKWAH selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.

PU Riz berkata, pelantikannya bagi membantu program itu untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.

“Saya terima pelawaan ini pertama, ia adalah masjid persendirian yang tidak dinaungi mana-mana pihak kecuali orang masjid sendiri serta bantuan pun diterima oleh orang ramai.

PU Riz (tiga dari kanan) pada majlis menandatangani pelantikan sebagai duta wakaf program wakaf Masjid Al-Makmuriah.

“Komitmen saya lebih pada membantu pihak masjid mencari dana dan sedekah bagi beberapa tujuan seperti pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.

“Selain itu, pihak masjid akan menjalankan beberapa program sepanjang enam bulan ke depan ini. Jadi, saya mengharapkan orang ramai terutama pengikut saya di media sosial untuk bersama-sama menyumbang seikhlasnya,” katanya.

Menurutnya, majlis menandatangani pelantikan itu dibuat di masjid itu pada 6 Julai lalu.

Sejurus itu, turut diadakan program Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ yang dihadiri lebih 300 penduduk kampung.

PU Riz pada program Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ yang dihadiri lebih 300 penduduk kampung.

“Alhamdulillah, sasaran program ini memang dalam kalangan golongan muda. Malah, itu juga antara sebab kenapa saya dipilih menjadi duta wakaf ini oleh pihak masjid.

“Semoga kerjasama kami dapat menggerakkan lagi golongan muda untuk terbabit sama dalam program yang bakal diadakan selepas ini.

“Paling penting juga, semoga segala apa yang dirancang pihak masjid dari segi pembangunan dan membantu golongan asnaf dapat dilaksanakan dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button