PRU, keperluan terdesak atau pihak terdesak perlu desak PM?
1. Negara berada di Ambang Demam Pilihanraya Umum. Persoalannya, adakah ini keperluan terdesak ataupun perlu desak Perdana Menteri secepat mungkin.
2. Segelintir Pemimpin UMNO mahukan PRU ke 15 segera kerana kononnya BN-UMNO mempunyai momentum sokongan Rakyat sekarang.
Kononnya, pihak parti pembangkang kucar-kacir dan belum bersedia. Ini masa dan waktu terbaik, kata segelintir pemimpin politik.
3. Sebahagian lagi mahukan PRU ke 15 segera kerana rakus mahu berkuasa secara bersendirian ataupun secara solo.
Kerajaan PM DS Ismail Sabri ketika ini dibina atas kerjasama politik antara BN-PN dan GPS Sarawak.
Oleh yang demikian tujuan segelintir pemimpin-pemimpin politik mahukan PRU ke 15 segera, adalah kerana mereka mahu *terajang keluar* pemimpin-pemimpin rakan mereka di dalam Kerajaan Campuran ini. Perkara seumpama ini berlaku di Negeri Melaka dan Johor.
Cuba lihat Barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan Johor. Tidak lagi tersenarai Ahli-Ahli EXCO dari Gabungan Parti Perikatan Nasional. BN-UMNO memerintah secara Solo.
4. Ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan oleh PM DS Ismail Sabri.
PM DS Ismail Sabri jadi Perdana Menteri dengan majoriti yang kecil.
Sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen PN dan GPS Sarawak menyebabkan beliau berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri.
Adalah amat sukar, pada waktu dan ketika ini kedengaran suara-suara yang memberikan tekanan kepada PM adakan PRU 15 segera kerana kami mahu buang Menteri-Menteri BERSATU, PAS dan GPS Sarawak ini.
Perlu diperingatkan GPS Sarawak pada ketika ini berada didalam kerjasama politik dengan Perikatan Nasional dan bukannya Barisan Nasional.
5. Adalah menjadi hakikat politik bahawa suara-suara yang mahukan PRU 15 segara adalah kerana sudah ada yang tidak sabar maju jadi Menteri Kabinet dan ada golongan yang sudah tidak sabar mahu selesaikan beberapa masalah perundangan peribadi.
Maka keluarlah naratif kononnya PRU ke 15 segera akan memberi ;
(i). Kestabilan Politik ;
(ii). Kestabilan Ekonomi ;
(iii). Akan Memberi Mandat Baru kepada Kerajaan ; dan
(iv). Akan Mengembalikan Semula Pelabur-Pelabur yang lari keluar dari Negara Malaysia ke Indonesia.
6. Hakikat sebenarnya, PRU 15 Segera ;
(i). Tidak menjamin sebarang parti boleh memerintah secara bersendirian ataupun Solo ;
(ii). Tidak menjamin BN-UMNO dengan hanya 4 parti boleh membina Kerajaan bersendirian tanpa melakukan Gabungan Kerjasama Politik dengan paling tidak GPS Sarawak ataupun PAS ; dan
(iii). Ada kemungkinan keputusan PRU 15, akan menjadikan Dewan Rakyat *tergantung.* A Hug Parliament.
Bermakna tiada satu parti pun boleh memerintah, menyebabkan PRU perlu diadakan semula dalam waktu terdekat, sekiranya tiada Gabungan Kerajaan Campuran dapat dibentuk.
7. Sekiranya ini berlaku, Pilihanraya Umum awal hanya akan menjadi sia-sia dengan melibatkan Kos perbelanjaan hampir RM1 bilion ringgit.
8. Apa pun PRU 15 perlu diadakan sebelum Ogos 2023 seperti terkandung didalam Perlembagaan Negara mengenai edah jangka hayat Dewan Rakyat.
9. Buat sementara ini, adalah lebih baik Kerajaan Pimpinan DS Ismail Sabri menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara iaitu ;
(i). Kekalkan Kestabilan Politik yang sedia ada ;
(ii). Lakukan Transformasi terhadap Parlimen dan Negara ;
(iii). Uruskan segala masalah-masalah Rakyat, Post Pandemik Covid dengan menurunkan bantuan kewangan one-off serta berterusan membantu peniaga-peniaga kecil.
Menteri Pembangunan Usahawan perlu berterusan memperhebatkan bantuan kepada Usahawan-Usahawan yang terkesan dengan Pandemik Covid akibat peniagaan mereka tertutup lama.
Menteri Pembangunan Luar Bandar pula, perlu mempergiatkan bantuan kepada Rakyat dalam dan luar bandar, membantu mereka memulihkan pendapatan mereka. Perbaiki perniagaan kecil-kecilan mereka.
(iv). TEKUN dan MARA seharusnya memperhebatkan usaha memberikan pinjaman mudah serta bantuan one-off kepada peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera.
10. Sekiranya ini dapat dilakukan oleh Kerajaan sedia ada, tanpa Pilihanraya Umum pun, Pemulihan Ekonomi dan Pemulihan Rakyat akan berada di landasan yang betul.
PM DS Ismail Sabri perlu terus diberi sokongan, bukannya tekan untuk merelisasikan *AGENDA BESAR PEMULIHAN NEGARA INI.*
*SEKIAN.*
6 pm. Ahad.