Politik

Proses penamaan calon PRN Johor 9 pagi ini

PROSES penamaan calon Pilihanraya Negeri (PRN) Johor bermula hari ini berlangsung di 56 pusat penamaan calon yang dibuka pada pukul 9 pagi nanti dan sejam kemudian, proses penyerahan kertas penamaan calon ditutup.

Sejurus urusan proses penamaan calon selesai, Pegawai Pengurusan Pilihanraya akan mengumumkan nama-nama calon yang bertanding bagi PRN Johor ini.

Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meliputi aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti, tidak dibenarkan berada di pusat-pusat penamaan calon.

Untuk makluman, SPR hanya membenarkan tiga orang termasuk calon, menyerahkan kertas penamaan.

PRN Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parti Warisan (Warisan) Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengesahkan bertanding.

Sejak kelmarin, 894 borang penamaan calon telahpun terjual berbeza dengan PRN sebelum ini di mana SPR membenarkan penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal serta ziarah rumah ke rumah sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Cerama dan kempen bagaimanapun hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi sahaja dengan kehadiran tidak lebih 100 orang dan penganjur juga perlu mendapatkan perminta Polis terlebih dahulu.

Tempoh setiap sesi ceramah, syarahan dan kempen hanya dua jam sahaja dan tidak melebihi pukul 10 malam manakala ceramah, kempen dan syarahan di premis terbuka atau tempat umum adalah tidak dibenarkan.

Bagi SOP kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan adalah tidak melebihi lima orang namun tdiak dibenarkan masuk ke dalam rumah atau berjumpa ahli keluarga dan aktiviti mengedar risalah perlu dibuat di luar pagar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button