Nasionalpilihan

Program Subsidi Upah 4.0 diteruskan, manfaat lebih 2.5 juta pekerja

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU 4.0) dengan peruntukan sebanyak 3.8 bilion ringgit yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak PSU diperkenalkan kerajaan telahpun
membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

“Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 ringgit setiap pekerja selama tempoh empat bulan.

“Dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Menurut Muhyiddin, tiada syarat had gaji ditetapkan bagi PSU 4.0 berbanding sebelum ini yang meletakkan had gaji di bawah RM4,000

“Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button