Alam SekitarNasionalNegeri

Program rintis SMART SBB Mini Sekinchan di kawasan MADA dilancar

KERAJAAN melancarkan SMART SBB Mini Sekinchan di dua lokasi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai projek rintis sebelum ia dilaksanakan ke seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia melibatkan kawasan seluas 187 hektar di Kampung Lat 1000 di Simpang Empat, Perlis dan Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Kedah.

Mohamad menunjukkan isyarat bagus ketika melancarkan lokasi SMART SBB Mini Sekinchan di Lot 1000, Simpang Empat, Perlis.

“Kita jangka program SMART SBB Mini Sekinchan MADA- Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan mampu meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak 15 peratus iaitu dari RM2,000 kepada RM5,000,” katanya pada perasmian majlis program berkenaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA E-1, Simpang Empat di Kangar hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli dan Exco Pertanian Negeri, Razali Saad.

Mohamad juga turut melancarkan lokasi sawah di Lat 1000 yang terlibat dalam program berkenaan.

Related Articles

Mohamad berkata, BERNAS akan bertindak sebagai pengurus projek dan penyedia perkhidmatan seperti penggunaan dron, jentanam, pembajak selain selaku pembeli dan pengilang padi yang dihasilkan kelak.

Katanya, konsep yang diperkenal bagi program ini adalah “smart farming” apabila menggunakan peralatan moden bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti produk pertanian.

Tambahnya, pengeluaran padi di kawasan MADA juga diharap dapat ditingkatkan dari 5.89 tan per hektar sebelum ini kepada 8 tan per hektar. – SM

BACA Program ‘Bersama Komuniti PPR’ meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mental

BACA IKMa tawar program khusus pendidikan usahawan dan koperasi unggul kepada generasi muda

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button