Politik

PRN: MB Kelantan raih majoriti 12,811 undi, pertahan Pasir Pekan

KOTA BHARU – Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meraih majoriti 12,811 undi sekali gus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad yang memperoleh 18, 783 undi berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Zamakh Sari Ibrahim dengan 5,972 undi.

Keputusan itu menyaksikan Ahmad berjaya mengekalkan kerusi yang disandang sejak tahun 1995.

Sementara itu, Pas berjaya mengekalkan kerusi DUN Wakaf Bharu menerusi penyadangnya, Mohd Rusli Abdullah.

Mohd Rusli berjaya menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) Abdul Manan MD Said dengan majoriti 8,127.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button