Politik

PRN Johor: DUN Benut juga 4 penjuru, Hasni ditentang Isa

CALON Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid akan menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Isa ialah wakil dari kalangan masyarakat Orang Asli di Dewan Negara juga akan berhadapan penentang calon dari parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Iskandar Noor Ibrahim dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniff@Ghazali Hosman.

Kerusi DUN Benut turut menyaksikan pertandingan empat penjuru sama seperti di Bukit Kepong.

Benarlah bahawa PRN Johor menyaksikan empat bekas menteri besar bertanding termasuk Hasni yang juga merupakan penyandang kerusi DUN Benut.

Pengumuman pencalonan keempat-empat calon berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus (RO) Pilihan Raya DUN Benut, Mohd Rafi Abdullah pagi tadi.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Benut dimenangi Hasni dengan 9,480 undi berbanding calon yang menentang Hasni, Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi manakala Mohd Firdaus Jaafar (PAS) 2,590 undi. Hasni menang dengan majoriti 4,447 undi.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu.

PRN Johor, anak allahyarham Osman menjadi calon. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button