Politik

PRN: Amirudin bersedia berdepan Azmin Ali

DATUK Seri Amirudin Shari secara terbuka bersedia berdepan dengan Datuk Seri Azmin Ali sekali lagi jika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Menteri Besar Selangor itu berjaya menumbangkan Azmin di Parlimen Gombak dengan majoriti hampir 13,000 undi.

PENGERUSI Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua tidak gentar berhadapan dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sekiranya Azmin mahu bertanding di kawasan diwakilinya pada PRN.

“Tak tahu kalau dia hendak pergi ke Sungai Tua tiba-tiba dari Bukit Antarabangsa (kawasan DUN diwakili Azmin).

“Dari bukit turun ke sungai, saya tak pasti itu strategi dia, kita tidak pernah bertemu (untuk tujuan tersebut), berbincang apatah lagi merancang.

“Terpulang kepada strategi masing-masing, apa-apa hal kita kena bersedia di segenap situasi dan keadaan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurut akhbar itu lagi, Azmin dikatakan tidak akan mempertahankan DUN Bukit Antarabangsa sebaliknya dilaporkan akan bertanding di Ulu Kelang.

Mengulas jika dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin berkata, beliau bersedia kembali menerajui kerajaan negeri.

“Kalau ditanya secara peribadi, selaku ahli parti, kita kena patuh dengan beberapa strategi dan perancangan yang bukan keputusan saya sendiri.

“Kalau tanya pendirian, saya ‘prefer’ untuk kekal tetapi pasti parti dan pimpinan akan membuat keputusan dan boleh mengadakan perbincangan demi kebaikan semua,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button