Nasional

PRK di Gerik, Bugaya ditangguhkan susulan pengisytiharan darurat

Yang di-Pertuan Agong bersetuju mengisytiharkan darurat di Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah sekaligus membolehkan Pilihan Raya Kecil di dua kawasan tersebut dibatalkan dan ditangguhkan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, kesemua menteri juga pada 4 Disember lalu telah berbincang secara terperinci berkenaan kesan PRK di Gerik dan Bugaya jika diadakan semasa pandemik Covid-19 masih menular.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan PRN Sabah sebelum ini, jemaah menteri berpandangan kedua-dua PRK itu perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, PRK Batu Sapi yang sepatutnya diadakan pada awal Disember lalu juga ditangguhkan selepas pengisytiharan darurat dilakukan.

Pengisytiharan itu juga adalah bagi mengekang penularan Covid-19 yang sedang melanda negara. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button