JenayahNegeriRencah Hidup

Prihatin talian 997, Semak Mule elak jadi mangsa jenayah siber

JIKA golongan pesara menjadi pilihan utama sebagai mangsa jenayah siber, pastinya ada “kelemahan” yang telah dikenalpasti oleh “scammer”.

Penganalisis Jenayah dan Aktivis Sosial, Kamal Affandi Hashim menjelaskan apabila hanya empat orang sahaja dari 200 peserta yang menghadiri ceramahnya mengaku tahu mengenai talian 997 dan Semak Mule adalah petanda bahawa tidak hairanlah jika ramai terperangkap dengan “scammer”.

Kamal Affandi bertanya sesuatu kepada peserta ketika menyampaikan ceramah sempena Program Jelajah MyPesara Perlis anjuran KWAP di Hotel Putra Regency di Kangar.

Beliau berkata, bukan sekali terperangkap dengan “scammer” malah berulang lagi selepas itu.

“Sedangkan dua perkara ini amat penting sebagai bantuan bagi menyelamatkan dari ditipu “scammer”,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah bertajuk “Perangkap Siber – 5 Scam Mudah Lesapkan Simpanan!”.

Ceramah ini adalah Program Jelajah MyPesara Perlis anjuran Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP) di Hotel Putra Regency di Kangar.

Perlis menjadi negeri pertama pada tahun ini bagi program Jelajah MyPesara.

Kamal Affandi berkata, sepatutnya pesara tahu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 yang ditubuhkan bagi membantu mangsa penipuan siber.

“NSRC yang diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengekang jenayah penipuan siber,” katanya.

Begitu juga dengan aplikasi Semak Mule katanya boleh membantu sebelum seseorang itu menjadi mangsa.

Katanya, menerusi Semak Mule ini dapat mengesan terlebih dahulu nombor akaun bank dan telefon yang disenarai hitam sebelum berlaku sebarang transaksi.

Kamal Affandi juga mengingatkan supaya golongan pesara dapat mengawal diri tidak berada dalam keadaan Tamak, Takut dan Kesunyian.

Beliau berkata, kerana tamak untuk untung dengan sekelip mata menyebabkan ada pesara lenyap wang pesaraan.

Kamal Affendi memilih beberapa peserta untuk berinteraksi semasa menyampaikan ceramahnya berkaitan jenayah siber.

Katanya, “scammer” dilihat cuma menggunakan tektik takutkan mangsa sehingga gagal berfikir secara tenang dan sanggup mengikut saja arahan dengan membuta tuli.

Selain itu katanya, taktik “love scam” pula digunakan oleh “scammer” dengan mencari wanita yang kesunyian bagi menjalin hubungan cinta buat beberapa lama sehingga sanggup melakukan transaksi wang. – SM

BACA Jenayah siber ancaman serius kepada pengguna – Pemangku Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button