SukanUncategorized

Premis sukan boleh beroperasi hingga pukul 2 pagi di bawah PKPP

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan premis sukan kini dibenarkan beroperasi hingga jam 2 pagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas selepas menerima banyak permintaan daripada pengusaha pusat-pusat sukan terbabit.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka, dibenarkan beroperasi hingga pukul2 pagi.

“Justeru, mesyuarat khas pada hari ini juga bersetuju membenarkan premis sukan beroperasi hingga pukul 2 pagi.

“Operator perniagaan berkaitan sukan, misalnya futsal ketika ini, perlu menghentikan operasi pada jam 12 tengah malam.

“Namun, mereka membuat aduan kerana kebanyakan pengunjung akan datang ke premis berkenaan selepas waktu maghrib. Justeru atas dasar itu, mesyuarat bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi hingga pukul2 pagi,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button