Polis selamatkan anak anjing yang jatuh
DUA anggota unit MPV polis Hulu Selangor menyelamatkan seekor anak anjing dari longkang berhampiran sebuah pasar raya di Bukit Beruntung di sini pada Sabtu.
Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dalam kenyataan di Facebook berkata, Sarjan Padrick dan Koperal Rodhi sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 6.20 petang ketika kejadian berlaku.
“Orang ramai memaklumkan kepada seekor anak anjing yang telah terjatuh ke dalam longkang. Kedua-dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan haiwan itu.”
Dalam hantaran sama, polis Hulu Selangor menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang tanggapan awal mengenai polis.
“Kadang-kadang rakyat Malaysia ‘trauma’ apabila melihat anggota polis di tepi jalan.
“Mereka berpendapat ada sekatan jalan raya dan saman dikeluarkan. Mereka juga berpendapat anggota polis tidak mesra dan sombong.
“Sekiranya kita melihat kejadian yang sama, kita semua akan berhenti membantu, tidakkah kamu setuju?”. -SM
BACA JUGA : Lapan anggota TLDM anak Perlis bertuah mengadap Raja Muda Perlis