Jenayah

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang

KUANTAN16 Dis. – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, Jalan Kuantan–Pekan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dibuat oleh ibunya kira-kira 8.49 malam tadi.

Beliau berkata wanita itu menyedari kehilangan anaknya kira-kira pukul 3 pagi apabila mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah tiada di dalam biliknya.

“Pengadu telah mencari di sekitar Kuantan, tetapi gagal menjumpai anak perempuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menerusi talian 09-5652089.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button