Nasionalpilihan

Polis minta bantuan kesan remaja, isteri hilang

Polis Melaka meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki tempatan dan wanita warga China yang dilaporkan hilang pada Ogos dan November lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan remaja terbabit, Muhammad D’niel On, 18, dibuat ibunya
di Balai Polis Tengkera, dekat sini, pada 8 September lalu.

Menurutnya, pengadu mendakwa anaknya yang berambut pendek berwarna perang, kulit putih kemerahan dan kurus, hilang ketika mereka pergi membuat kad pengenalan
baharu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, di sini, pada 30 Ogos lalu, kira-kira pukul 4.30 petang.

“Ketika menunggu giliran untuk proses cap jari, pengadu menyedari anak lelakinya sudah tiada dan cuba mencarinya di bangunan UTC, namun gagal.

“Telefon bimbit anaknya juga tidak dapat dihubungi lagi kerana sudah rosak dan sehingga kini dia masih belum pulang.

Related Articles

“Pengadu turut menghubungi kawan-kawan anaknya, namun mereka juga tidak mengetahui di mana dia berada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki pada 16 November lalu mengenai kehilangan isterinya, warganegara China, Wang Juan, 32.

Katanya, lelaki itu melihat isterinya keluar dari rumah mereka di No 21 Jalan Kota Laksamana 3/1B, pada 13 November kira-kira pukul 11.40 pagi dengan memakai baju berzip lengan pendek berwarna putih dan seluar hitam.

“Pengadu mendakwa ketika itu dia berada di bilik tidur dan melihat isterinya keluar dengan hanya membawa beg duit berserta pasport asal.

“Isterinya berambut pendek paras bahu berwarna hitam, kulit kuning langsat, badan gempal dan anggaran tinggi 158cm,” katanya.

Christopher berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kedua-dua individu terbabit boleh menghubungi Sub Inspektor, Saleeudin Abdullah di talian 016-4127147 dan Balai Polis Tengkera di talian 06-2824704 untuk membantu siasatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button