Sukan

Pogba ganti Dybala di Juventus?

Juventus kelihatan bakal kehilangan Paulo Dybala, ekoran pemain itu hingga kini belum menandatangani penyambungan kontrak.

Disebabkan itu Juve dikhabarkan sedang berkira-kira untuk membawa pulang Paul Pogba yang kini terumbang-ambing bersama Manchester United.

Kontrak Dybala bersama Juve akan habis pada akhir Juni 2022 dan hingga kini belum ada kesepakatan antara pemain itu dan kelab berhubung kenaikan gaji yang diminta.

Juventus sebenarnya setuju untuk menambah gaji Dybala dalam skema kontrak baru hingga 2026 dengan angka 10 juta Euro setahun. Tetapi, Juventus mahu mengurangkan setakat 7 juta Euro saja.

Dybala tidak senang hatio dengan perkara yang menjadi punca pemain asal Argentina tersebut belum mahu menurunkan tanda tangan untuk kontrak baharu.

Dybala sendiri turut diminati beberapa kelab utama lain di Eropah. Salah satunya adalah Inter Milan yang sedia menerima pemain itu.

Paul Pogba pula bukan pemain yang asing buat Juventus. Dia pernah beraksi dengan kelab itu pada tahun 2012 sampai 2016.

Bersama Juventus, Pogba melakukan 178 penampilan untuk semua kejohanan dengan menjaringkan 34 gol dan 40 assist. Ini termasuk empat kejuaraan Scudetto.

Masalahnya, apakah Juventus sanggup membayar gaji Pogba seperti di United yang mana dia menikmati 15 juta Pounds setahun.

Hingga kini nasib kedua-dua pemain itu masih menggantung. Khusus buat Juventus, kehilangan Paulo Dybala nantinya akan meninggalkan kesan besar.

Dybala adalah mesin gol Juve. Sejak mula bermain dengan kelab itu pada 2015, Dybala sudah memcatatkan 109 gol dari 274 perlawanan dan merupakan penjaring terbanyak Juve saat ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button