
Poco F7 Pro dan F7 Ultra Diperkenalkan – Harga Bermula RM2299 Di Malaysia
Poco hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Poco F7 dan Poco F7 Ultra ke pasaran global. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi kelas mercu mampu milik membolehkan orang ramai menikmati peranti dengan prestasi tinggi. tetapi pada harga yang lebih mampu milik.
Peranti mercu pertama yang diperkenalkan adalah Poco F7 Ultra yang hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED dengan paparan 2K serta kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5300 mah yang menyokong pengecasan berwayar 120W atau 50W secara nirwayar.
Kamera utama di belakang ialah gabungan lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 32MP dan telefoto 2.5x 50MP. Di hadapan pula kamera swafoto 32MP disertakan. Peranti turut dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik, kalis air serta debu IP68, pembesar suara stereo, pemancar infra merah dan sokongan NFC.
Disamping Poco F7 Ultra, pihak Poco turut hadir dengan Poco F7 Pro yang hadir dengan spesifikasi sedikit rendah. Ia mengekalkan penawaran skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB. dan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 90W.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan lensa ultra lebar 50MP, dan ultra-lebar 8MP di belakang. Kamera 20MP digunakan untuk rakaman swafoto. Menguasakannya adalah Xiaomi HyperOS 2 berasaskan Android 15, dilengkapi sokongan NFC, pemancar infra merah, dan juga speaker stereo.
Kedua-dua peranti ini kini ditawarkan di Malaysia. Berikut merupakan harga penawaran untuk pasaran tempatan:
- Poco F7 Ultra (12/256GB)- RM2999
- Poco F7 Ultra (16/512GB) – RM3299
- Poco F7 Pro (12/256GB) – RM2299
- Poco F7 Pro (12/512GB) – RM2499
Untuk promosi pengenalan sehingga 9 April 2025, peranti berkenaan ditawarkan secara diskaun, dimana Poco F7 Ultra 12GB RAM boleh didapati pada harga RM2699, dan versi 16GB RAM pada harga RM2899. Poco F7 Pro pula ditawarkan pada harga RM2039 untuk versi storan 256GB, dan RM2139 untuk versi 512GB.
Setiap pembelian peranti juga hadir dengan langganan Google One 100GB selama 6 bulan, dan juga sokongan jaminan selama 2 tahun.