Politik

PN sudah kemuka permohonan pendaftaran kepada ROS

PERMOHONAN untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah parti sudah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, kini ia menunggu proses kelulusan termasuk melakukan beberapa pindaan.

Antaranya kata beliau ialah singkatan PN telah digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NG).

Katanya, penubuhan PN bukan lahi sekadar desas-desus atau ‘cakap kosong’ kerana ia pendaftaran sebagai sebuah pertubuhan yang sah sedang dalam proses.

“Kita sudah hantar untuk pendaftaran. ROS ada beri beberapa komen, contohnya saya difahamkan singkatan ‘PN’ telah diguna oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Jadi, kita kena ubah, disarankan supaya kita letak Parti Perikatan Nasional.

Related Articles

“Perkara ini melibatkan isu pengurusan dan mereka (ROS) akan beritahu bila ia akan diluluskan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengesahkan mereka bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendukung PN sebagai gabungan besar.

Bagaimanapun keputusan itu belum dimuktamadkan dan dijangkan disahkan dalam masa terdekat.

Pas menyambut baik hasrat Bersatu untuk menyetai PN itu sementara Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional sebagai pelengkap penyatuan orang Melayu.

Sebelum itu, UMNO mengumumkan tidak akan menyertai PN sebagai komponen seandainya ia didaftarkan secara rasmi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mohd. Redzuan berkata, apa sahaja keputusan yang membabitkan nasib PN sebagai sebuah gabungan parti pemerintah akan diputuskan melalui MN.

Oleh itu katanya, perlu ada MN sebagai satu suara sekiranya mahu mewujudkan gabungan rasmi.

“Ia semua melalui perbincangan. Kalau yang bersuara dekat luar, itu pendapat masing-masing tidak melambangkan pendapat MN,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button