PN gagal, UMNO dipersalahkan?
KIRA-KIRA 18 jam yang lalu, dikatakan bahawa 28 menteri dari BN tidak menyebelahi pucuk pimpinan parti dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut catatan glokalis, Tun Sri Lanang, jika mereka tetap dengan pendirian begini maka dikatakan 20 yang menyokong PN dan 8 lagi tidak maka UMNO hanya tinggal 18. (30-20 +8 =18)
“Maka PN melalui broker-broker politik akan membeli yang lain. Dikatakan juga Atok akan join PN di mana dia ada 6 kerusi, diikuti dengan Warisan ada 9 kerusi. Maka cukuplah kerajaan PN ini,” kata Tun Sri Lanang.
Tambah beliau, “Saya mendapat tahu beberapa Ahli Parlimen PKR juga akan masuk PPBM (Bersatu) dan begitu juga beberapa Ahli Parlimen dari DAP.
“Maka PN sudah cukup mempunyai kerusi untuk terus memerintah sampai 2023.
“Maka UMNO akan terbelah dua. Maka ianya menanti retak dan terbelah.”
Tun Sri Lanang mengajak kita semua membuat kira-kira: Ada 3,359,368 ahli UMNO
Ada 21,883 Cawangan UMNO
Ada 55 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Namun hanya 17 ahli Kabinet dari UMNO
Hanya 4 Menteri adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO
“Adilkah 3,359,351 ahli UMNO bukan ahli Kabinet dipersalahkan atas kegagalan Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Perikatan Nasional?,” soal Tun Sri Lanang.
Dalam catatannya, Tun Sri Lanang menyatakan, ada 21,883 Cawangan UMNO bukan Kluster Menteri dipersalahkan atas kegagalan Azmin Ali menarik pelabur.
Kata beliau, adilkah 51 Ahli Majlis Tertinggi UMNO bukan Menteri dipersalahkan atas ekonomi yang merudum?
“UMNO mendokong kerajaan pada 1 Mac 2020 agar Parlimen tidak dibubarkan dan Covid-19 ditangani.
“Namun hari ini, Perikatan Nasional (PN) gagal. Maka tidak adil UMNO dipersalahkan atas kegagalan Perikatan Nasional,” kata Tun Sri Lanang. – SM