Nasional

PM solat Jumaat, bangga jemaah patuhi peraturan

SELEPAS hampir tidak bulan tidak bersolat Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menunaikkan kewajipannya di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, setelah masjid dan surau Jumaat dibuka semula hari ini.

Menurutnya, daripada pemerhatian, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi.

Lebih membanggakan menurutnya,  para jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

Menurut Muhyiddin,jemaah memberikan kerjasama yang baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid.

Malah Perdana Menteri turut menulis nama pada buku log kehadiran dan suhunya diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Jemaah juga membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk dalam jarak satu meter antara jemaah di dalam saf.

“Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, masjid dan surau Jumaat tidak dibuka untuk aktiviti solat berjemaah sebaliknya umat Islam disaran menggantikan solat Jumaat dengan sembahyang Zohor di rumah.

“Saya berdoa situasi COVID-19 di negara kita yang semakin reda akan pulih sepenuhnya bagi membolehkan seluruh umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau seperti sebelum wabak ini melanda negara kita. Insya-Allah,” kata Muhyiddin.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button