Acara

PM mahu masjid jadi institusi penting menyatukan ummah

Rakyat puji cara PM selesaikan isu masjid-kuil

KUALA LUMPUR 27 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bahawa kewujudan institusi seperti masjid memainkan peranan penting dalam menyatukan ummah dari pelbagai latar belakang dan medan menyemai elemen keharmonian antara satu sama lain.

Masjid ini, kata beliau, apabila siap kelak, bakal berfungsi sebagai pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat di sekitar ibu kota, sekaligus mampu menyelesaikan kesesakan jemaah di pusat tumpuan masyarakat ini.

“Kawasan sekitar Masjid India ini adalah tumpuan pusat ekonomi ribuan umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia, dan adalah penting kewujudan masjid baharu ini dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat, khususnya apabila dilengkapi kemudahan seperti ruang perpustakaan, dewan persidangan, ruang seni dan budaya untuk memperkenalkan Islam kepada orang ramai.

“Dalam keghairahan mengejar pembangunan, kita perlu terus menjaga dan menyemai kehamornian dan perpaduan yang terbina selama ini dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT termasuk dengan memuliakan institusi masjid.

“Malah, sewaktu pelan pembinaan Masjid MADANI ini juga, saya tekankan aspek keharmonian agama dan bangsa, perlu dijaga melalui rundingan dan penyelesaian secara baik termasuk dengan pihak kuil, selain berpandukan  undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Moga kewujudan masjid ini nanti menjadi manifestasi penting daam menyantuni keperluan masyarakat bandar, Insya-Allah,” kata beliau dalam hantaran ke Facebook.

Sementara itu Ketegasan dan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu pemindahan kuil dan pembinaan Masjid Madani di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur merupakan cerminan nilai sebenar Islam sebagai agama membawa rahmat dan keharmonian dalam negara.

Pengerusi Sekretariat Muafakat Agamawan Memperkasa Institusi Raja dan Rakyat (Mampir), Ghazali Daud @ Aki Li berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan atas tindakan Perdana Menteri yang dianggap sebagai langkah tepat dalam memastikan isu tersebut diselesaikan secara adil dan berlandaskan perundangan.

Beliau turut meminta agar ketegasan dan kebijaksanaan sama diterapkan dalam menangani isu-isu lain yang berkaitan, selaras dengan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang yang telah termaktub.

“Kami juga berharap agar penyelesaian isu ini tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu sebagai alasan atau sandaran bagi golongan yang cuba mengabaikan lunas undang-undang. Agama tidak mengajar pencerobohan ke atas hak orang lain,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ghazali, perhatian yang sama wajar diberikan kepada kes lain yang mempunyai situasi serupa, termasuk isu pengambilalihan tanah di Kampung Sungai Baru, bagi mengelakkan kerajaan dilabel sebagai mengamalkan pendirian dwistandard atau sekadar mempertahankan kepentingan politik.

Selain itu beliau menegaskan, Sekretariat Mampir berharap agar kabinet dapat mengambil langkah menoktahkan dakwaan segelintir pihak yang masih menganggap wujud diskriminasi terhadap amalan agama selain Islam di negara ini.

“Kami memohon supaya pihak kerajaan menuntut komitmen daripada pemuka agama lain untuk turut bersama menghentikan ekstremisme dalam kalangan penganut masing-masing,” katanya.

Tambahnya, beberapa pakar dalam bidang berkaitan juga wajar dirujuk bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.

“Kami sebagai rakyat marhaen yang cintakan keharmonian dan kedamaian berharap agar segala isu berkaitan dapat diselesaikan dengan adil dan berpaksikan keadilan diredai ALLAH SWT,” katanya.

GALERI FOTO SEKITAR MAJLIS PECAH TANAH MASJID MADANI

Foto kredit Pejabat Perdana Menteri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button