PM bakal umum satu lagi berita gembira sebelum raya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter semalam.
“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” tulisnya.
Rata-rata warganet di Twitter mengharapkan berita yang baik, ada juga berharap akan memberikan tol secara percuma untuk mudah pulang ke kampung.
Seorang pengguna Twitter @Mamathalim1 meninggalkan komen, berharap berita yang bakal diumumkan adalah berita yang baik.
“Wah! Ramai yang tertunggu-tunggu berita baik ini, harap berita baik yang akan memberi manfaat untuk semua,” catatnya.
Manakala seorang lagi pengguna Twitter @mizz_piccess mengharapkan PM memberi cuti raya tambahan dan tol percuma.
“Tol percuma atau cuti raya tambahan supaya semua dapat balik awal ke kampung halaman,” katanya. – SM
BACA Trafik lancar di lebuh raya utama pada Hari Raya ketiga
BACA Syarikat telekomunikasi sedia kemudahan panggilan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri
BACA Apabila Orang Melayu Tampil Bergaya Dengan Busana Klasik Pada Hari Raya Aidilfitri!