
Acara
PM Anwar ingatkan semua agar bersederhana dalam menjalani ibadah puasa
PUTRAJAYA 3 Mac – Semua pihak perlu lebih bersederhana dalam menyambut Iftar bagi menghidupkan roh dan semangat Ramadan yang sedang dirasai ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2025 pagi ini, menitipkan pesanan agar melebihkan sumbangan kepada yang memerlukan tetapi tidak berlebihan dari segi makan minum, perkakasan dan perhiasan.
“Setiap warga, perlu menggunakan kehadiran Ramadan ini dalam mengukuhkan keyakinan ibadah kepada Allah SWT, memupuk integriti, disiplin, dan kejujuran agar kita lebih insaf dalam kegiatan kita,” katanya.
FOTO