Hiburan

PKP2.0: Altimet akui kedainya nak dapat untung 3 angka pun susah

RAMAI peniaga yang mengeluh bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula bermula pada Rabu lalu.

Namun, melihat kepada angka positif Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari, ramai yang setuju dengan pelaksanaan PKP dan peniaga juga cuba bertahan semampu yang mungkin.

Antara yang terjejas dengan PKP ialah perniagaan yang dimiliki Altimet bersama dengan rakan perniagaannya iaitu Makan Buzz.

Menurut Altimet, pasang surut dalam berniaga adalah sesuatu yang lumrah tetapi sejak PKP dikuatkuasakan semula, perniagaannya betul-betul ‘sakit’.

“Jumlah jualan di Makan Buzz ni nak cecah tiga angka sehari pun sangat susah walaupun berada di lokasi menarik.

“Sampai larut malam bincang dengan rakan perniagaan, nak tutup sementara, tutup terus atau bertahan,” katanya.

Namun Altimet memberitahu yang agak sukar untuknya menutup terus kedainya apatah lagi dia percaya yang perniagaannya itu mampu pergi jauh.

Ujarnya, dia juga akan cuba bertahan semampu yang boleh.

“Terima kasih kepada semua yang sokong selama ini. Hanya ada satu undang-undang iaitu saya tidak akan mengalah,” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan yang semua premis makanan di negeri yang dilaksanakan PKP hanya dibenarkan beroperasi secara bawa pulang sahaja.

Malah, kedai yang dibenarkan beroperasi juga hanya boleh beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button