Rencah Hidup

Pizza Heart berbentuk ‘hati’ kembalikan suasana mesra

Pandemik Covid-19 yang berlanjutan selama lebih 12 bulan telah banyak memberi banyak kesan kepada kehidupan individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Penjarakan sosial yang menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan virus Covid-19 turut merenggangkan hubungan.

Sehubungan dengan itu, Pizza Hut mengambil langkah untuk memudahkan ungkapan kasih sayang dengan pelancaran produk terbarunya, Pizza Heart.

Dalam kempen “Turning Virtual into Real Pizza Heart”, pizza tersebut didatangkan dalam bentuk hati dan dibungkus dalam kotak merah berbentuk hati yang disinonimkan dengan cinta.

“Pizza Hut tekad untuk mengembalikan suasana kemesraan yang hilang kerana SOP yang ketat dan penjarakan sosial.

“Sebelum ini kita hanya mampu mengirim sayang secara maya ataupun atas talian, kini rakyat Malaysia dapat mengirim piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak berbentuk hati yang boleh dinikmati cara kreatif untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam norma baharu ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong.

Emliy berkata, Pizza Hut mengambil satu langkah kehadapan dengan membuat penghantaran bukan sahaja dalam negeri-negeri di Malaysia tetapi juga ke Singapura.

Beliau berharap pengkhidmatan tersebut dapat dapat mengubat rindu hati keluarga dan orang tersayang yang telah terpisah oleh sempadan akibat pandemik.

“Dengan kempen “Turning Virtual Hearts into Real Hearts” ini, kami berharap dapat membuka jalan untuk rakyat Malaysia meluahkan rasa sayang bukan hanya atas talian, tetapi melalui kiriman sayang secara fizikal,” kata Emliy.

Dengan hanya satu klik menerusi pesanan di www.pizzahut.com.my atau Pizza Hut App, Pizza Heart kini boleh dikirim kepada orang tersayang dengan cara yang paling selamat.

Sempena pelancaran kempen tersebut, penghantaran terhad Pizza Heart ke Singapura dan negeri- negeri yang berlainan di Malaysia juga akan disediakan kepada rakyat Malaysia yang terpilih.

Mereka yang memberi respon kepada hantaran Pizza Hut di laman Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia pada 10 Februari ini akan mendapat penghargaan tersebut.

“Kami juga turut menyampaikan kasih dan penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berkorban nyawa untuk menjaga dan membantu rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19 ini. Mereka paling berhak untuk menerima segala kasih sayang yang ada di dunia ini di atas pengorbanan mereka,” tambah Emily.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button