Pendidikan

Pihak Universiti mohon beri ruang Izz Imil

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun, Izz Imil Shahrom, mencatat sejarah sebagai pelajar termuda yang mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Kisah Izz Imil tular di media sosial, menarik perhatian ramai dengan kepintaran dan kebijaksanaannya. Sebelum ini, Izz Imil telah mengikuti pembelajaran di tingkatan satu di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada usia enam tahun, belajar O Level pada usia lapan tahun, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level ketika berusia 11 tahun.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang ini. Beliau menyatakan bahawa Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas universiti dan mendapat kelulusan Senat Universiti untuk melanjutkan pengajian di UM.

Namun, pihak universiti meminta orang ramai memberi ruang kepada Izz Imil untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, yang diakui sebagai ke-60 terbaik di dunia.

“Ini penting untuk memastikan beliau melalui proses tumbesaran yang kondusif sambil meneruskan pengajian dengan baik,” tambahnya dalam kenyataan semalam.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button