Politik

Petisyen Bersih hanya dapat 13,313 tandatangan selepas seminggu

PETISYEN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengekalkan Tan Sri Mohamad Ariff sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat hanya mendapat 13,313 tandatangan daripada rakyat.

Petisyen dalam talian ‘Kekalkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bagi Meneruskan dan Mengukuhkan Reformasi Parlimen’ itu telah dilancarkan sejak seminggu lalu.

“Secara konvensyen Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam sistem Parlimen Westminster perlu berada di atas politik partisan dan sekiranya beliau merupakan ahli Parlimen, beliau perlu meletakkan jawatan di dalam parti politik apabila dilantik secara majoriti ahli Parlimen kerana adalah sangat penting Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dilihat sebagai pengelola Dewan yang adil.

“Sebagai rakyat dan pembayar cukai, kita membayar RM44 juta setahun secara bulanan, termasuklah RM16,000 untuk ahli-ahli parlimen, RM31,000 untuk Yang di-Pertua Dewan dan RM22,000 untuk timbalan, bagi menanggung Dewan Rakyat.

“Memandangkan Malaysia sedang menghadapi penularan wabak Covid-19 dan kemelesetan ekonomi global, kita tidak dapat menanggung Dewan Rakyat menjadi gajah putih yang menelan perbelanjaan RM44 juta setahun untuk elaun sahaja, atau hanya meluluskan kehendak Eksekutif sahaja,” tulis Bersih 2.0 dalam petisyen tersebut,” kata Bersih 2.0 dalam petisyen itu.

Media melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dicalonkan dalam usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat dan timbalannya.

Azhar akan menggantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat manakala Azalina menggantikan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kertas pesanan yang menyenaraikan perdebatan dan usul menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai ini turut merangkumi usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Mohamad Ariff dan timbalannya daripada jawatan tersebut.’

Mohamad Ariff dan Kor Ming dilantik ketika Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Bagaimanapun Kerajaan Pakatan Harapan runtuh pada Mac tahun ini selepas berlaku pergolakan antara parti dan individu dalam gabungan tersebut hingga menyebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button