Rencah Hidup
Trending

Pesakit tabligh COVID-19 daripada pandangan seorang doktor Hindu

PADA mulanya dia seperti sebahagian rakyat Malaysia yang lain berasa marah kepada kumpulan tabligh. Marah kerana berasa bahawa penyebaran COVID-19 di Malaysia disebabkan kumpulan tersebut.

Namun seorang doktor beragama Hindu, Dr.  Lavennia Gayatri yang bertugas di barisan hadapan merawat kumpulan itu akhirnya mengubah pandangannya terhadap kumpulan itu.

“Saya adalah doktor Malaysia, jangan pandang saya sebagai Hindu, Buddha dan lain-lain. Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yang ikut itjimak Seri Petaling jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku.

“Memang la aku pun rasa geram juga awal-awal kenapa la kluster tabligh ni bawa virus ke sini ke sana. Tapi  selepas  terlibat dalam pasukan Covid ini ternyata mereka bukan yang seperti diuar-uarkan di media sosial,” kata Dr. Lavennia.

Dr. Lavvenia ditugaskan merawat dan menjaga pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Institut Pengajian Guru, Balung di Tawau Sabah.

Antara tugas mereka selain memantau gejala yang dihidapi mereka juga mendengar rungutan, rintihan dan aduan daripada pesakit.

Menurutnya, pesakit kluster tabligh tersebut tidak banyak karenah dan sentiasa mengikut nasihat doktor. Adakalanya mereka memang mengadu mengenai makanan yang dihidangkan namun mereka tetap makan rezeki yang diberi.

“Makanan seharian mereka adalah nasi putih dan ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu. Makanan la doktor kering sangat takde kuah-kuah gitu. Tapi kami makan saja la doktor untuk isi perut,nak buat macam manakan.

“Kesian memang kesian. Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama kamu rasa? Sekarang di pusat kuarantin pun tidak la mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je “doktor buat la apa yang terbaik, kami ikut je doktor,” ceita Dr. Lavvenia.

BACA

Menurutnya, aduan tersebut bukan disebabkan mereka manja namun kerana kebosanan terkurung dalam bilik selama 14 hari. Rindu kepada keluarga. Berbeza dengan mereka yang dikuarantin di rumah bersama keluarga.

Dr. Lavvenia berkata, sesuatu yang amat dihormati beliau terhadap kumpulan tabligh tersebut ialah mereka tidak pernah tinggal untuk melakukan amal ibadat. Walaupun keadaan dalam bilik rawatan panas kumpulan tersebut tetap bersembahyang dan membaca al-Quran.

“Something to be respected bila I see them always pray . Lepas tu duduk atas katil mereka baca al-Quran. Dengan keadaan kurang selesa panas dan mereka tetap tidak terlepas solat,membaca al-Quran. Salute mereka,” kata Dr. Lavvenia.

Menurutnya, dia bersetuju dengan pendapat bahawa Tuhan menolong rakyat Malaysia melawan Covid-19 dengan memberi jangkitan terlebih dahulu kepada kumpulan tabligh sebelum merebak kepada orang lain.

Ini kerana kumpulan itu mudah dikenali dengan pemakaian dan imej mereka. Justeru senang untuk mengesan mereka untuk dibawa ke pusat rawatan.

“Ini sebab awal-awal kita kena Covid ni  kluster pertama adalah  tabligh, memang semua maki hamun mereka, aku juga marah . Jadi itulah selalu ada je kebaikan daripada apa yang kita fikir buruk.

“Aku dapat pengajaran juga yang kita kena selalu fikir positif, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. Kita tidak ada hak!!

“Corona virus dont know who is Malay,  Chinese,  Indian, Sikh, Iban, Kadazan Dusun, Bajau. Dia attack semua lapisan orang! I am a hindu and i think i need to write this up,” kata Dr. Lavvenia.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button