Permohonan ketepi saman Dr M terhadap Muhyiddin 7 Ogos
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menetapkan keputusan permohonan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain untuk membatalkan saman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain pada 7 Ogos.
Keputusan dibuat oleh Hakim Rohani Ismail setelah mendengar penghujahan oleh pihak-pihak dalam sesi kamar yang berlangsung hari ini.
Muhyiddin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Sero Hamzah Zainudin, setiausaha penganjur Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya, dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Masyati Abang Ibrahim berusaha untuk mengetepikan cabaran undang-undang terhadap pemecatan Mahathir dan empat yang lain daripada Bersatu.
Kesemua mereka merupakan defendan yang disebut dalam tuntutan oleh Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Marzuki Yahya, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
Kesemua mereka Mahathir mengemukan saman atas tuduhan pemecatan mereka yang salah.-SM