AgamaNasionalNegeri

Perlis umum dua kadar bayaran zakat fitrah 2024

PERLIS mengumumkan umat Islam di negeri ini diberikan pilihan untuk membayar zakat fitrah dalam dua kadar yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, ia adalah berdasarkan kepada jenis beras dimakan yang mengikut kemampuan masing-masing.

Katanya, kadar zakat fitrah dikenakan sebanyak RM7 bagi mereka yang menggunakan beras tempatan.

“Bagi yang menggunakan beras import (Bukan Spesial Tempatan -BBP) maka kadar zakat fitrah adalah sebanyak RM10,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nazim berkata, kepada umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawi seorang yang bersamaan dengan 2.6 kilogram (kg).

“Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis adalah wajib mengeluarkan zakat fitrah sepertimana yang ditetapkan itu bagi dirinya dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya,” katanya.

Mohd Nazim berkata, mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh pihak MAIPs.

Katanya, sesiapa yang tidak memberi zakat fitrah, atau ingkar memberi zakat fitrah dengan sepenuhnya atau di dalam mana-mana cara menghasut lain-lain orang daripadanya, membayar atau menerima zakat fitrah bukan sebagai amil yang dilantik dengan rasminya oleh pihak MAIPs, adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh dihukum ke atasnya denda. – SM

BACA RCB sumbang zakat perniagaan RM1,076,054 kepada MAIPs

BACA Raja Muda hargai penyumbang zakat melalui MAIPs

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button