Agama

Perkasa gesak Jabatan Agama Islam Perak beri kenyataan berhubung lawat kuil

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada satu video di mana pihak Jabatan Agama Islam Perak telah mengadakan lawatan untuk mengunjungi Kuil Sri Maha Kaliamman di Kuala Lumpur

Menurut Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris terkejut dengan lawatan yang di buat oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak ke Kuil tersebut.

Mereka juga kecewa kerana melihat pihak Jabatan Agama Islam tanpa rasa bersalah mengatakan selama ini ada berlaku salah faham kepada penganut Hindu serta mengatakan terdapat banyak persamaan antara Agama Islam dan Hindu.

”Perkasa mengecam kenyataan yang di buat oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan ada persamaan antara Agama Islam dan Agama yang lain.

”Perkasa juga mendeksa Jabatan Agama Islam Perak untuk memberi kenyataan berhubung isu lawatan di sebuh Kuil dan mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat persamaan tentang fahaman agama.

”Untuk apa yang Jabatan Agama Islam Perak nak tahu pasal Agama Hindu? Biarlah mereka dengan Agama mereka. Kita dengan Agama kita. Mengapa Jabatan Agama Islam Perak perlu Membazirkan wang yang banyak untuk bawa Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri itu ke Kuil??. Baik duit tu di gunakan untuk membantu sekolah sekolah Agama Islam swasta yang memerlukan bantuan.

”Perkasa menggesa Jabatan Agama Islam Perak untuk mengulang kaji atau fahami perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan kerana menyatakan persamaan antara Agama jelas bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

”Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam ini termaktub dalam Perlembagaan Negara”. katanya dalam satu kenyataan.

Perkasa mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Perak yang cuba membawa agenda pluralisme yang merupakan agenda halus untuk samakan Agama Islam dengan Agama yang lain.

Perkasa juga minta Jabatan Agama Islam Perak untuk lebih berhati hati apabila membuat sesuatu kenyataan tentang Agama kerana bimbang ianya boleh menyimpang dari segi akidah.

Perkasa juga menggesa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia(JAKIM) agar memantau Jabatan Agama Islam Negeri agar tidak terus menjadi ejen kepada agenda pluralisme ini.

Jika dahulu kempen jom ke gereja menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia, hari ini timbul pula isu yang mengatakan banyak persamaan antara Agama Islam dan Hindu.

Perkasa juga berharap tiada lagi lawatan lawatan ke rumah ibadat bukan Islam dan kenyataan yang menyamakan Agama Islam dengan Agama yang lain lagi di masa akan datang.

Artikle Berkaitan :>

Islam Ahli Sunnah wal Jamaah jadi agamanya antara empat jatidiri yang harus dipegang sebagai Melayu Perlis – Pemangku Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button