Nasional

Perjalanan terakhir Salahuddin Ayub…

BUKAN ahli keluarga dan sahabat handai Datuk Seri Salahuddin Ayub sahaja yang berdukacita di atas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) malam tadi menyahut panggilan Ilahi bahkan rata-rata pengamal media dan rakyat turut merasai kehilangan allahyarham di usia beliau awal 60-an.

Sebagai seorang Menteri KPDN, semasa menjawat jawatan yang mencabar itu, allahyarham banyak turun padang bagi memastikan usahanya dalam membantu rakyat Malaysia Madani kesampaian.

MENTERI KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. AlFatihah.

Ramai yang terkejut apabila allahyarham dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah kerana pembuluh darah pecah dan terpaksa menjalani pembedahan.

Selepas pembedahan walaupun keadaan arwah dilaporkan stabil namun Allah lebih menyayangi insan bernama Salahuddin Bin Ayub ini.

Kini tanggungjawab allahyarham di dunia sudah selesai dan perjalanan terakhir allahyarham Datuk Seri Salahuddin di Serkat, Pontian, Johor.

Pagi ini, jenazah allahyarham telah dibawa ke rumah ibunya dan kemudiannya singgah di Majid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat, Pontian untuk disolatkan.

Tengah hari ini, sekitar jam 12 tengah hari dijangka jenzah allahyarham Salahuddin akan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor.

DATUK Seri Salahhuddin Ayub seorang menteri yang berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dalam jawatannya sebagai Menteri KPDN. – GAMBAR KPDN

Setiausaha Akhbar (SUA) allahyarham, Syakirin Husnal melahirkan nukilan rasa tentang kehilangan bosnya itu.

Sudah semestinya Syakirin turut terkesan dengan pemergian allahyarham.

Berikut nukilan rasa SUA Syakirin untuk dikongsi bersama para pembaca dan pelayar SUARA MERDEKA.

Perginya seorang pemimpin yang RAHMAH
RAHMAH jiwanya

RAHMAH pekerjaannya

RAHMAH tutur katanya

Sesungguhnya pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggalkan kesan yang amat mendalam buat rakyat Malaysia.

Kesungguhan beliau

Disiplin beliau

Keberanian beliau

Dan murninya hati beliau

Biar terus menjadi ikutan

Biar terus jadi pedoman

Biar terus menjadi legasi sepanjang zaman

Datuk Seri Salahuddin Ayub,

Bapa RAHMAH Malaysia

#RAHMAH

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button