Travel

Perjalanan sebagai Terapi Terbaik? Namun Klook Mendapati 9 daripada 10 Pengembara Muda Gagal Mencapainya

Perjalanan sebagai Terapi Terbaik? Namun Klook Mendapati 9 daripada 10 Pengembara Muda Gagal Mencapainya

● Masa, Kerja, dan Wang: Golongan Milenium dan Gen Z menyatakan peluang perjalanan yang terhad disebabkan oleh kekangan masa, komitmen kerja, dan kebimbangan kewangan.

● Media Sosial Mendominasi Perancangan Perjalanan: Sumber utama maklumat perjalanan, mendorong 79% pengembara menempah pengalaman berdasarkan cadangan.

● Keinginan Mengembara Terus Membara:. 84% pengembara telah merancang perjalanan antarabangsa 1 untuk tahun 2025, dengan Jepun di tangga teratas dan China di tempat kedua, menunjukkan peningkatan permintaan tahunan sebanyak 7 kali ganda.

GOLONGAN Milenium dan Gen Z melihat perjalanan sebagai cara penting untuk menjaga diri dan meremajakan minda, namun keinginan mengembara mereka sering terbantut. Kajian Travel Pulse terkini oleh Klook bersama platform pandangan pengguna GWI di 14 pasaran 2 mendedahkan bahawa hampir semua pengembara muda menganggap perjalanan sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan.

Namun, mengejutkan apabila 9 daripada 10 merasa kecewa kerana tidak dapat merealisasikan impian perjalanan mereka, disebabkan oleh kekangan masa, komitmen kerja, dan kebimbangan kewangan.

“Golongan Milenium dan Gen Z semakin melihat perjalanan sebagai terapi terbaik mereka,” kata Eric Gnock Fah, Presiden dan Pengasas Bersama Klook. “Di tengah-tengah tekanan hidup yang kian mencabar, ramai yang mencari ketenangan melalui pengembaraan.

Dengan 92% mengalami sindrom pasca percutian atau ‘blues’ selepas pulang dari perjalanan dan hampir 40% terus merancang percutian seterusnya, jelas bahawa perjalanan bukan sekadar lari dari rutin harian—ia adalah peluang untuk menemui diri sendiri, mencetus kreativiti, dan memperbaharui jiwa.”

Bagi 64% pengembara ini, perjalanan bukan sekadar lari dari rutin—ia adalah butang ‘reset’ untuk menyegarkan minda dan meningkatkan keyakinan diri. Di Malaysia, semua responden (100%) bersetuju bahawa perjalanan sangat berkesan dalam mengurus tekanan dan meningkatkan kesejahteraan, menjadikan perjalanan dilihat sebagai satu terapi. Malah, bagi 2 daripada 3 orang (69%), perjalanan berjaya mengurangkan tahap tekanan mereka dengan ketara. Namun, kekangan masa kekal sebagai halangan terbesar untuk melancong.

Pengembara dari Tanah Besar China paling terasa terikat dengan jadual yang padat (74%), manakala pengembara dari Australia (38%) menikmati kebebasan masa yang lebih fleksibel.

Bijak Berbelanja Demi Pengalaman Bermakna yang Padu untuk Media Sosial

Golongan Milenial dan Gen Z bijak memilih bagaimana untuk membelanjakan wang mereka dalam bab penjagaan diri. Walaupun bajet menjadi pertimbangan utama, mereka tidak sanggup berkompromi dalam hal pengalaman. Malah, 91% bersedia untuk memperuntukkan sehingga separuh daripada bajet perjalanan mereka untuk pengalaman berharga, berbanding berbelanja lebih pada kos penerbangan 3 . Semua ini demi memaksimumkan kenikmatan semasa bercuti.

Pengembara Gen Z, khususnya, lebih berhati-hati dalam berbelanja dan cenderung memilih pakej perjalanan berbundle untuk memanfaatkan bajet dengan lebih bijak. Walaupun harga mampu milik menjadi keutamaan, mereka tetap mengutamakan pengalaman yang unik dan autentik. Hidangan tempatan dan destinasi luar kebiasaan kekal sebagai pilihan utama dalam senarai mereka.

Media Sosial Mendominasi Perancangan Perjalanan untuk Inspirasi dan Tempahan

Inspirasi percutian kini lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa media sosial, yang menjadi sumber maklumat utama dalam merancang percutian 4 . Menurut kajian:

● 79% pengembara telah menempah aktiviti, penginapan, dan pengalaman menjamu selera berdasarkan cadangan di media sosial, membuktikan pengaruh besar platform ini terhadap keputusan perjalanan.

● Pengembara dari Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina cenderung mengikuti cadangan di media sosial, manakala mereka dari Australia, Jepun, dan Amerika

Syarikat kurang terpengaruh

● Bagi pengembara yang mementingkan estetika, 27% sanggup berbelanja sehingga 20% lebih untuk mengunjungi lokasi yang popular di media sosial.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button