Hiburan

Perginya seorang Maestro muzik, Tan Seri Ahmad Nawab petang tadi

MUZIK tersohor negara, Tan Seri Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, pada jam 3.15 petang tadi.

Berita pemergian beliau disahkan oleh cucunya, Khairul Hafis Khan, yang memaklumkan bahawa Allahyarham berada dalam keadaan lemah selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu.

“Datuk tidak mengalami penyakit kronik. Namun, selepas pulang dari IJN, beliau agak lemah. Tengah hari tadi, selepas ke tandas, beliau kelihatan lemah dan tidak sedarkan diri,” kata Khairul Hafis.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Samudera, Gombak.

Ikon Muzik Negara dengan Lebih 2,000 Lagu

Allahyarham Ahmad Nawab ialah figura penting dalam industri muzik negara, menghasilkan lebih 2,000 lagu sejak era 1950-an. Pada Jun 2023, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Memulakan kerjaya muzik pada usia 16 tahun, beliau diiktiraf sebagai Seniman Negara Ke-7 pada 2006 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, sebagai penghormatan kepada sumbangan luar biasanya dalam bidang seni.

Sepanjang kariernya, Allahyarham menghasilkan lebih 200 album, termasuk lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh artis tanah air seperti Allahyarham Sharifah Aini, Datuk Jamal Abdillah, dan Datuk Khadijah Ibrahim. Beliau juga menghasilkan karya untuk artis terkenal Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Allahyarham pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun dan menerima pelbagai penghargaan, termasuk Anugerah Merak Kayangan pada tahun 1980 bagi lagu Bintang Malam.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Penulisan pada tahun 2000.

Pemergian Tan Sri Ahmad Nawab menutup satu legasi cemerlang dalam industri muzik negara, meninggalkan khazanah seni yang tidak ternilai.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button