Perdana Menteri tiba di New York, sertai Debat Umum pada 22 September
Alhamdulillah, tiba di New York, Amerika Syarikat ditemani Azizah dan delegasi dari Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.
Turut bersama saya adalah Menteri Luar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain.
Insya-Allah, saya dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 pada jam 10.00 pagi waktu tempatan (10.00 malam waktu Malaysia).
Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq, Sri Lanka, dan Thailand.
Saya turut dijadual bertemu komuniti perniagaan di Amerika Syarikat serta rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.
Doakan semoga segala urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan.
Kredit: Anwar Ibrahim