Uncategorized
Perdana Menteri berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.
Dalam sesi tersebut Perdana Menteri mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir tersebut.
“Saya hargai jemputan mereka dan berharap diskusi seperti akan dapat diteruskan pada masa mendatang,” tulis Perdana Menteri di laman Facebook rasmi beliau.