Perbincangan Syariah menyatukan ulama dan intelektual dalam kewangan islam
SEMENTARA itu, Sheikh Dr. Nedham Yaqoobi, wakil ulama yang menghadiri persidangan
tersebut turut menekankan kepentingan persidangan ini sebagai hab serantau untuk
perbincangan dalam kewangan Islam.
“Persidangan ini telah menjadi sebuah perhimpunan yang penting di rantau ini yang mana mengumpulkan ulama Syariah dan para intelektual di seluruh dunia untuk terlibat dalam perbincangan yang komprehensif,
selain bertukar pandangan mengenai isu Syariah yang berkaitan dengan perbankan dan
amalan kewangan Islam,” katanya.
Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Pengerusi Bank Rakyat berkata, penganjuran iSHAR
kali kelima ini menandakan usaha berterusan Bank dalam memajukan kewangan Islam,
selain menjadi platform penting untuk bertukar kepakaran dan pengetahuan bagi
membincangkan mengenai isu kewangan Islam yang dihadapi oleh industri perkhidmatan
kewangan Islam.
“Kejayaan berterusan iSHAR sebagai platform pertukaran kepakaran dan pengetahuan
ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk memupuk kerjasama dan memacu
inovasi dalam kewangan Islam. Resolusi dan pandangan yang dihasilkan daripada
perbincangan ini akan menjadi rujukan utama untuk ulama, pengamal dan pihak
berkepentingan. Dengan menangani isu kontemporari berkaitan Zakat, kami dapat
memastikan relevan dan impaknya dalam mempromosikan pengagihan kekayaan yang
saksama serta memajukan masyarakat,” katanya.
Datuk Mohd Irwan turut menekankan peranan Zakat yang meluas dalam
mempromosikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam sektor perbankan Islam.
“Zakat mengandungi prinsip etika yang membentuk asas kewangan Islam dan melalui
inisiatif seperti iSHAR, kami berusaha untuk merapatkan jurang sosial dan moral dalam
perbankan,” tambahnya.
Artikle Berkaitan :>
Bank Rakyat perjelas isu keselamatan: Komitmen Terhadap Perlindungan Pelanggan