Jenayah

Perang dengan ayam, anjing: Percakapan Mohamaddin dirakam selepas PRN

Polis akan merakam keterangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Rakaman percakapan itu bagi membantu siasatan polis berhubung kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu yang menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang kini berada di Sabah kerana penugasan sempena Pilihan Raya Negeri.

“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan,” katanya.

Beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Kes tersebut disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata 72 laporan polis diterima di seluruh negara terhadap ucapan yang dikeluarkan oleh Mohamaddin ketika berkempen.

Video Mohamaddin mendakwa insiden berdarah berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 sebagai sandiwara tular di media sosial.

“Kamu ingat dahulu PRU dahulu dia bilang Filipina mau ambil Sabah jadi ada peperangan konon di Tanduo datang la jet di Tanduo dibomnya sana kelapa sawit orang. Habis kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang ditembak. Ini kenyataan. Habis di Tandou disuruh kereta kebal masuk pergi kampung-kampung suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang? Tidak ada. Ayam sama anjing dia berperang.

“Apabila habis pilihan raya sudah tidak ada pulak peperangan itu,” kata Mohamaddin dalam klip video yang tular di media sosial.

Dalam video itu, beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mendakwa, insiden di Tanduo adalah sandiwara.

“Tetapi apabila ketika itu kononnya UMNO akan kalah pada PKR terus ada perang di Tanduo. Banyak orang mati disebabkan sandiwara itu. Sandiwara membunuh orang sahaja,” kata Mohamaddin.

Ucapan Mohamaddin mendatangkan kemarahan rakyat terutama kalangan anggota tentera dan polis yang turut mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button