NasionalPolitik

Peralihan kuasa, kerajaan sepenggal punca masalah

PERALIHAN kuasa dan kerajaan sepenggal sentiasa menghantui  para pemimpin Pakatan Harapan.

Keadaan itu menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan kepada tukar mereka sebagai kerajaan.

Baru sahaja hendak mengendeng Mahathir, tiba-tiba Anwar umum lagi dua bulan dia akan jadi Perdana Menteri.

Pakatlah condong kepada Anwar. Tiba-tiba Muhyiddin pula dikhabarkan akan usul tidak percaya kepada Mahathir.

Meter condong beralih pula ke Muhyiddin. Azmin pula muncul dalam cerita bakal jadi Perdana Menteri.

Terpaksalah pula bergesel bahu dengan bakal PM. Dalam keadaan kelam kabut itu Hishammuddin pula dikatakan akan jadi PM.

Pada masa yang sama sokongan rakyat makin susut. Rakyat kecewa PH gagal tunaikan manifesto.

PH gagal pulihkan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat.

Berlaku pula pilihan raya kecil. PH kalah lagi dan lagi. Semakin jelaslah apa yang dicanang BN bahawa PH kerajaan sepenggal.

Apa lagi yang perlu dibuat sama ada mengaut segala laba yang ada sebelum tamat penggal.

Ataupun taburlah duit kepada kepada para penyokong untuk memperbaiki keadaan.

Sepatutnya apabila sudah dipersetujui Mahathir jadi PM selama sepenggal itu lebih mudah. Anwar duduklah diam-diam.

Cukup sepenggal naiklah jadi PM. Tidak perlulah penyokongnya cucuk sana dan cucuk sini.

Anwar pun bukan hendak sangat jadi PM dalam masa terdekat ini. Cabaran ekonomi semasa bukannya mudah.

Bercakap senanglah tapi Anwar memang tidak akan mampu membawa negara keluar dari kemelut ekonomi sekarang.

Hanya Mahathir yang mampu berbuat demikian. Anwar jadilah lelaki sejati. Jangan nafsu dan lidah sama bercabang.

Duduk diam-diam sampai masa kalau ada rezeki jadi PM. Sementara itu jadilah bakal PM yang budiman.

Anwar sebenarnya tahu kalau undi tidak percaya dibuat di parlimen dia akan menang.

Separuh pemimpin PKR, DAP, Amanah, separuh UMNO akan menyokongnya.

Tetapi kenapa Anwar masih tidak berani? Dia taku penolakan rakyat. Dia bimbang rakyat marah.

Itu sahaja yang menghalang dia dan Muhyiddin bertindak sebagaimana dirancang.

Berbanding mereka berdua, rakyat masih memilih Mahathir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button